Assalamualaikum
Alhamdulillah berjaya juga mendaftarkan blog ini ; Blog Makmal Sains Sekolahku. Tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi berkongsi apa saja maklumat berkaitan aktiviti makmal sekolah. Sekolah mana? Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Sitiawan Perak.
Sebagai pengenalan, terdapat 5 makmal di sekolah ini. Makmal 1 & 2 iaitu Makmal Sains Menengah Rendah, Makmal Kimia, Makmal Fizik dan Makmal Biologi. Terdapat empat orang Pembantu Makmal yang bertugas menyelia makmal-makmal ini.
Di sinilah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dijalankan. Pelbagai eksperimen dan maklumat yang berkaitan yang akan dikongsikan di blog ini buat pengetahuan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment